owner
![]() tagboard Credits
| Perigi Cari Timba
Assalamualaikum,
Haa.. agak-agak pernah dengar tak peribahasa ni? Kalau yang pernah dengar tu mesti korang dah tengok drama Adam & Hawa kt Tv tu kan? hak2 Actually aku pun baru juga start tengok cerita tu, maklumlah dah banyak sangat blog start buat review tentang filem tersebut. Aku pun taknak ketinggalan, so terpaksa tengok. (cewahh terpaksa) ![]() Honestly aku suka drama ni, sebab kelakar antaranya babak kaki gossip bertiga tu, dan juga babak dimana Adam mengorat-mengorat manja si Hawa tu.. memang sangat adorable ^^ Aku taknak lah ceritakan sinopsis pula, sebab aku sendiri baru tengok sampai ke episode 14 je, nak tunggu episode akan datang malas pula =.= Nak baca novel dia, lagilah malas. Jom nak cerita sikit apa yg aku dapat dalam filem ni! 1. Lelaki yg handsome tu Sebab rupa tu kalau dah handsome bila nampak dia berkepit dengan perempuan lain pun, masih juga rasa suka dekat dia. Lepas tu tengok Adam sentuh tangan & rambut Hawa, Hawa diam je tak respon.. tapi agknya kalau rupa tu tak berapa nak macho, tapi playboy, sah-sah bukan setakat orang meluat, mahu kena sepuk. 2. Jangan jadi perigi cari timba. Especially buat si perempuan, Iaitu tak perlulah push over si lelaki tu untuk suka kita balik, kalau tak jadi mcm si Dee tu nnti, rimas je tengok. Jual mahal macam si Hawa tu kan manis je. Kecuali, kalau lelaki tu pemalu maka itu dikecualikan. ^^ 3. Alasan untuk lelaki yg playboy : "look, kita belum terikat apa-apa lagi so I berhak untuk keluar dengan siapa2 pun." Cuba lah, kot-kot awek kita yg asyik cemburu tu terima alasan tu kan? xD Ok tu je lah kot setakat ini, nanti kalau makin banyak lagi aku dah tgk aku beritahu pula benda baru yg aku dapat. Jangan ikut pula pengajaran aku ni! Bercakap tentang berwajah handsome ni playboy, aku bukanlah nak membangga diri ke apa, apatah lagi nak mengangkat bakul sendiri. Tapi tu lah, orang cakap muka macam anime. Bila aku tengok muka sendiri, tak ada lah sgt mcm muka anime pun.. So maknanya, aku ni pun handsome lah kan? huh..? Korang tak percaya ke muka mcm anime? =.=" takpe takpe.. kalau tak percaya juga.. tgk la kt bawah ni. |
0 Comments:
Post a Comment