Fly Away
Home About Twitter Add + Dash

owner

" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "


tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Homestay > Hotel
Saturday, December 1 • 05:05 • 0 comments



Assalamualaikum,

Hari ini aku nak share sedikit, kenapa aku lebih suka homestay dari Hotel. Selalunya kalau kami sekeluarga nak bercuti lama, segan pula untuk menetap lama di rumah saudara kan? ataupun gathering hari keluarga or so on.. Homestaylah pilihan yang bijak.
Tapi, kalau keluarga kita tak ramai, seperti pasangan yang baru kahwin atau anak-anak yang masih kecil-kecil, duduk hotel pun okay je..

Nak-nak  Hotel selalunya ada swimming pool kan? waktu kecil2 dulu memang excited habis kalau bawa pergi hotel, sebab nak mandi swimming pool.
Tapi sekarang ni dah besar so takdelah excited sgt macam dulu kala.

Sebab apa aku kata homestay ni lagi bagus? mari ikuti entry kali ini.
Kebanyakannya tuan rumah homestay ialah orang kita sendiri, jadi dalam pada kita bercuti atau menghadiri apa-apa occasion, kita dapat sekali membantu ekonomi org kita kan? Dapat pahala tu nak. Bukan apa, jaranglah kalau hotel yang besar-besar ni dipegang oleh org kita. 

Sebenarnya lebih selamat kalau kita pilih homestay, bebas dari segala jenis kemungkinan. Actually bukannya nak bercakap buruk tentang hotel, ada certain yang bagus tu bagus. 
Cuma hampir keseluruhan hotel menyediakan minuman alcoholic, seperti wine dan beer. 
So yakinkah kita bilik yang kita duduk tu betul-betul bersih? 
Kadang-kadang nak letak makanan dalam fridge dia pun takut. Mana tak nya, wine ada je elok-elok tersusun dalam tu.

Kes ini pun ada ramai yang tak perasan, kalau kita nak tidur di hotel. Make sure bawalah kompas kiblat untuk digunakan sewaktu solat, 
sebabnya dah terjadi lebih kurang 3 kali di hotel, kiblat di kompasnya lain dgn sign yg pihak mereka sediakan, nauzubillah. (kami gunakan more than 1 compass to confirmkan)
Tak susah pun, sekarang ni dah ramai pakai smart phone kan? download je applicationnya.
Homestay pula, setakat yang aku pernah duduk alhamdulillah, semuanya terjaga dengan baik.

Of course la Homestay lebih besar daripada bilik di hotel kan? paling minima ialah 2 bilik tidur 1 living room dan harganya jauh lebih murah berbanding kita ambil 2 bilik di hotel.
Cuma layanannya taklah seperti dihotel, tidak disediakan makanan and so on, terpaksalah buat sendiri. 
Tapi free to sneak in durian LOL.

Air conditioner? haa.. jangan ingat Hotel je ada air conditioner tau! 
sekarang ni Homestay-homestay dah maju kebanyakannya fully air cond, atau tidak, but still hampir semuanya memiliki air cond. Semuanya boleh dilihat through iklan kan? so pilih la yg fully air cond kalau nak.

Bagi orang yang menetap lebih dari satu hari, amatlah di-recommend. Sebab penjaga homestay ni lagi suka kalau korang menetap lama so senang nak negotiate harga, makin lama kita duduk akan jadi lebih murah inshaAllah. Kalau hotel, korang buat baik dgn reception tu belum tentu diorang kasi harga murah kan? hahah joke aside.So, bagi yang first time dapat info ni, macam mana nak book homestay?
Mudah sahaja, lepas sudah plan tempat yang nak pergi, 
pergi ke carihomestay.net [pilih lokasi tempat yang kita nak cari]
atau mudah.my [Click location anda di map tersebut dan under section Travel, Accomodation]

Sebenarnya, aku dalam proses mengiklankan homestay ni, sebab tu lah bukan main lagi post kali ni, hak2..
 
so andaikata kalau tahu others website yang boleh digunakan utk mencari homestay tu harap dapat kongsi sekali ^^


0 Comments:

Post a Comment


|