Fly Away
Home About Twitter Add + Dash

owner

" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "


tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Amalan sampingan yang sesuai untuk Umat Akhir Zaman
Saturday, December 1 • 05:11 • 0 comments



Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang kemungkinan ramai yang sudah tahu. Iaitu mengenai Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. As we all know, Nabi Muhammad ni bukannya calang-calang Nabi, tetapi nabi yang sangat disayangi dan dipeliharai Allah. Dan banyak lagi keistimewaannya, inshaAllah kalau ad masa lagi boleh aku post tentang beliau.Nabi Adam AS juga pernah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW untuk meminta keampunan dari Allah terhadap dosanya. Allah bertanya kepadanya dari mana beliau dapat tahu nama Nabi Muhammad SAW sedangkan pada ketika itu belum diciptakan lagi Nabi Muhammad SAW, lalu jawabnya beliau terlihat nama Nabi Muhammad SAW sebagai penghulu segala Nabi di Arash Allah. SubhanAllah.
Kita ini bertuah kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Sebab ap? banyak keistimewaannya Umat Akhir Zaman ini.Antaranya diakhirat kelak kita akan diletakkan di saf2 hadapan iaitu lebih awal dari Umat2 Nabi sebelum ini.
Juga, tiada seorang pun nabi lain melainkan Nabi Muhammad SAW yang dapat boleh memberi syafaat kepada umatnya. 
Special kan Umat Nabi Muhammad SAW ni? Actually memang banyak lagi kelebihannya tapi nak cerita ni je.. 
Jadi sebagai umat yang sangat disayangi Nabi, janganlah kita lupa kepada orang yg ingin membela nasib kita di akhirat kelak. Banyak-banyakkan lah berselawat ke atas Nabi, seperti title tersebut antara amalan sampingan yang sesuai untuk kita. Disebabkan kita ni sangat busy dgn 'kehidupan dunia' kan? tak salah kalau dalam waktu kita berdiam itu kita berselawat 10 kali pun inshaAllah lama2 jadi banyak. Selamat Beramal, amin.


0 Comments:

Post a Comment


|